Homestay Dahlia II
Perihal Penginapan
Homestay Dahlia II terletak di kawasan kampung dan mempunyai taliair di sepanjang jalan masuk. Ianya di kelilingi oleh sawah padi, pokok kelapa dan tanaman kelapa sawit. Terletak di tengah2 laluan bagan serai ke Kuala Kurau atau sebaliknya. Boleh dilalui dengan kereta van dan lori kecil. Jika ingin masuk menggunakan bas, perlu temujanji kerana jalan alternatif (laluan mesin padi) boleh sampai ke sini dan pemandu bas perlu cekap kerana laluan agak sempit. Kompleks Homestay Dahlia meliputi kawasan seluas 4 ekar dan separuh dipenuhi dengan tanaman kelapa dari klom Mataq, Gading, SGG dan sedikit klon Pandan. Terdapat 21 Unit penginapan (Room Stay, Chalet, Rumah Kampung dan Rumah Keluarga) dan boleh menempatkan di antara 80-120 orang bergantung pada aktiviti dan kesesuaian majlis. Pelbagai acara boleh dibuat di sini seperti kenduri kahwin (Pakej) & Pertunangan, Hari Keluarga, Aktiviti Sekolah dan Kolej, Sambutan Ulangtahun dan Hari Jadi, Majlis Persaraan, Anugerah Cemerlang, Kem Motivasi, Jamuan Teh dan Makan Malam serta pelbagai lagi majlis yang boleh diselaraskan mengikut 'budget' dan idea anda selagi mematuhi peraturan di tempat ini.
Ciri-ciri
Kemudahan
Lokasi
Hubungi Kami
Telefon
011-56379868
Tiada maklumat email
Ulasan
Tiada ulasan untuk penginapan ini.