Penafian / Disclaimer
Pihak pengurusan sistem hanya bertindak sebagai platform pendaftaran dan penyiaran
maklumat penginapan. Segala urusan tempahan, pembayaran, penginapan, pembatalan,
pemulangan wang, kerosakan harta benda serta sebarang pertikaian antara pemilik
penginapan dan pelanggan adalah di bawah tanggungjawab pemilik penginapan sepenuhnya.
Sebarang keperluan lesen perniagaan, permit penginapan, kelulusan pihak berkuasa
tempatan, sijil keselamatan, pematuhan undang-undang atau apa-apa syarat yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa berkaitan adalah tanggungjawab pemilik penginapan sendiri.
Pihak pengurusan sistem tidak bertanggungjawab sekiranya pemilik penginapan tidak
memiliki lesen, permit atau kelulusan yang diperlukan, dan tidak akan menanggung
sebarang tindakan penguatkuasaan, kompaun, denda, saman atau apa-apa implikasi
undang-undang yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi
berkaitan.
Pihak pengurusan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian,
tuntutan, salah faham, penipuan, kecacatan kemudahan, kelewatan perkhidmatan atau
apa-apa implikasi yang timbul hasil daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan
dalam sistem ini.
Pihak pengurusan berhak menolak, mengubah, menyunting atau membuang mana-mana
maklumat yang didapati tidak tepat, mengelirukan atau melanggar syarat yang
ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu.