Penafian / Disclaimer
Pihak pengurusan sistem hanya bertindak sebagai platform pendaftaran dan penyiaran maklumat tempat menarik. Segala urusan tempahan, pembayaran, aktiviti pelancongan, penggunaan kemudahan serta sebarang pertikaian antara pemilik/pengurus tempat menarik dan pelawat adalah di bawah tanggungjawab pemilik/pengurus tempat menarik sepenuhnya.
Sebarang keperluan lesen perniagaan, permit operasi, permit pelancongan, kelulusan pihak berkuasa tempatan, sijil keselamatan, pematuhan undang-undang atau apa-apa syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan adalah tanggungjawab pemilik/pengurus tempat menarik sendiri.
Pihak pengurusan sistem tidak bertanggungjawab sekiranya pemilik/pengurus tempat menarik tidak memiliki lesen, permit atau kelulusan yang diperlukan, dan tidak akan menanggung sebarang tindakan penguatkuasaan, kompaun, denda, saman atau apa-apa implikasi undang-undang yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi berkaitan.
Pihak pengurusan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, tuntutan, salah faham, penipuan, kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda, kegagalan perkhidmatan atau apa-apa implikasi yang timbul hasil daripada penggunaan maklumat yang dipaparkan dalam sistem ini.
Pihak pengurusan berhak menolak, mengubah, menyunting atau membuang mana-mana maklumat yang didapati tidak tepat, mengelirukan atau melanggar syarat yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu.