Penafian / Disclaimer
Pihak pengurusan sistem hanya bertindak sebagai platform pendaftaran dan penyiaran
maklumat tempat makan. Segala urusan jual beli, tempahan, pembayaran, penghantaran,
kualiti makanan dan minuman serta sebarang pertikaian antara pemilik premis dan
pelanggan adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis sepenuhnya.
Sebarang keperluan lesen perniagaan, permit premis makanan, permit penjaja, sijil
pengendalian makanan, kelulusan pihak berkuasa tempatan, pematuhan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) atau apa-apa syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan, agensi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan adalah tanggungjawab
pemilik premis sendiri.
Pihak pengurusan sistem tidak bertanggungjawab sekiranya pemilik premis tidak memiliki
lesen, permit, sijil atau kelulusan yang diperlukan, dan tidak akan menanggung sebarang
tindakan penguatkuasaan, kompaun, denda, saman atau apa-apa implikasi undang-undang
yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan, KKM atau mana-mana agensi berkaitan.
Pihak pengurusan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian,
tuntutan, salah faham, penipuan, keracunan makanan, kecacatan produk, kelewatan
perkhidmatan atau apa-apa implikasi yang timbul hasil daripada penggunaan maklumat
yang dipaparkan dalam sistem ini.
Pihak pengurusan berhak menolak, mengubah, menyunting atau membuang mana-mana
maklumat yang didapati tidak tepat, mengelirukan atau melanggar syarat yang
ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu.